Thursday, 5 November 2020

HIASAN BALKONI

Di zaman yang serba maju dan padat ini, tak ramai yang mampu beli rumah ber'lot sendiri. Lebih-lebih lagi warga bandar yang terpaksa memilih pangsapuri/flat sebagai  tinggal. Sudahlah rumah tinggi bertingkat-tingkat, nak merasa rumput, pokok dan tanah amat jarang sekali. Balik-balik, tengok hutan konkrit di depan mata, ini akan menambahkan lagi stress anda.

Bagi mereka yang mempunyai balkoni, mengapa tidak dihias dan dijadikan sebagai tempat berehat yang menenangkan jiwa?

Amatlah rugi jika rumah anda mempunyai balkoni tetapi tidak dihias. Ruang balkoni sepatutnya dijadikan sebagai tempat untuk menghilangkan stress, bersantai dan menghirup udara yang nyaman di pagi hari. Bukannya untuk berteriak sakan ataupun terjun membunuh diri. 

Ketahuilah apa yang anda mahu isikan di ruang balkoni, sama ada inginkan balkoni yang berunsurkan kehijauan, moden, malap, atau batu-batuan. Ruangan dinding boleh dihias dengan tanaman pokok bunga kecil untuk menyerlahkan kehijauan dan memberikan rasa yang menenangkan. 

 

HIASAN BALKONI

Di zaman yang serba maju dan padat ini, tak ramai yang mampu beli rumah ber'lot sendiri. Lebih-lebih lagi warga bandar yang terpaksa mem...